Monday, May 23, 2011

title ke 19 pecah rekod





manchester telah menjulang piala liga buat kali ke 19 pecah rekod bai hehehe, aku dh tak tau nk tulis ape pasal nie sebenarnya.....perjuangan red devil belum selesai lagi kena tunggu 28 haribulan baru boleh happy2. may the best team win


hari-hari pergi kelas,
bawak sebatang pen,
asyik-asyik kene bebel,
tak tahan aku tido la pulak

Sunday, May 22, 2011

cerita budak tahun ??

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.


Friday, May 20, 2011

aku kecewa

aku di sini agak terasa hampa dengar berita yang asking alexandria cancel show kat one cafe.......SUMPAH!!! kecewa giler dah la miss may i kene postponed nie plak tak jadi datang ayooooooooooooooooooooo.............,nie dengar napalm death dengan eye set to kill nak buat show tak lame lagi jangan tak jadi sudah la ramai orang kecewa wooooooo asking alexandria dengan miss may i tak mai aku lah salah seorang peminat yang sangat tersangat sangat lah kecewa hahhahahaha anyway kite tunggu 2 band jadi tak buat show aku conform pegi punyeee.







pergi ke pasar membeli ikang,
menyelam dapat kerang,
buat apa tulis blog lagi,
jom la berangkat ke pahang

beriadah

saya nak pegi gambang water park hohoho, chill rehatkan minda berkenalan gan awek2 pahang dengar awek2 sne bleh tahan tapi tututututttttttt......hehehehe, malam2 lepak teluk cempedak(TC) lame dh tak pegi lepak TC, ade memori daun pisang haha sambil dengar lagu tu layan gak.




jenaka membawa tawa,
itulah hakikat manusia,
jika hendak ke muara,
tolong tembakan buaya.

Thursday, May 19, 2011

pantun mengusik hati



kalau tuan mudik ke hulu,
carikan saya bunga kemboja,
Kalau tuan mati dahulu,
nantikan saya di pintu syurga

Monday, May 16, 2011

kembali kearah fantasi

sudah sekian lame aku tinggalkan dunia fastasi aku kini kembali akibat didesak oleh rakan2 seperjuangan. world of warcraft atau lebih di kenali sebagai WOW, dunia yang penah dulu aku mencipta sejarah ahaahaa, takdela dunia yang menyebabkan aku menjadi ketagih bermain suatu ketika dulu, sekarang main balik sebab saje suke2 jumpe membe2 dlm WOW nie


kepada kawan2 aku yang call or msg and tiada respond aku mintak maaf banyak2 kadang2 aku tak bawak tepon bile kuar. pale aku sebenarnya kusut hehehehe pape pon aku mintak maaf.

hati terusik menyebabkan jiwa terluka ^_^v


Saturday, May 14, 2011

entry gampang di pagi hari

agak lama dah aku tak mencari seluar jeans,sudah sekian lame aku servey barang2 akhirnya terdetik nak amek seluar jeans true religion dan calvin klien,alang kepalang dah lame tak kuar duit byk2 skali skale ape salahnye btol tak?. beli untuk kepuasan diri bukan nak menunjuk kat orang hehehe.....aku nie bukan suka sangat pakai benda orang ramai dah pakai tak rare la beb, celup pun dah makin banyak pegi uptown danau kota dah cukup tengok barang celup. tak salah beb pakai barang celup yelah duit tak ramai nk buat cam ne korunk nk bergaya tapi pulus tak ramai celup la ape lagi hahahahaha


gambar hiasan je



true religion boot cut terbaek doh aku minat gler